Ruang Kalersilver Blogspot
cintakan alam semulajadi, suka fotografi, minat haiwan...bla bla
Thursday, 14 May 2015
Sunday, 10 May 2015
Angkara Kau Rupanya!
Siang Hari Termenung Sendirian,
Cer Teka Bunga Apa Tiada Wangian
Kenapa rumah aku ada banyak lalat hari ni? Termenung aku sekejap. Tiba-tiba dalam melilau aku mencari...mata aku terpaku pada 'benda' gergasi yang bertenggek di celah-celah batu. Masya Allah..setelah sekian lama akhirnya kau menjelma kembali.
Masih ku ingat, jika dahulu waktu aku kecik bau kau menyegat hingga ke lobang hidung. Aku hanya akan buka tingkap dan memandang kau dari jauh. Tak berani aku nak dekat walaupun ku tahu kau kejadian Tuhan yang unik.
Disebabkan kehadiran kau tidak selalu, aku pun berlari mencapai sesuatu. Dan ini yang aku dapat..
Cer Teka Bunga Apa Tiada Wangian
Kenapa rumah aku ada banyak lalat hari ni? Termenung aku sekejap. Tiba-tiba dalam melilau aku mencari...mata aku terpaku pada 'benda' gergasi yang bertenggek di celah-celah batu. Masya Allah..setelah sekian lama akhirnya kau menjelma kembali.
Masih ku ingat, jika dahulu waktu aku kecik bau kau menyegat hingga ke lobang hidung. Aku hanya akan buka tingkap dan memandang kau dari jauh. Tak berani aku nak dekat walaupun ku tahu kau kejadian Tuhan yang unik.
Disebabkan kehadiran kau tidak selalu, aku pun berlari mencapai sesuatu. Dan ini yang aku dapat..
Tak sekali-kali aku marah kerana kau berbau, aku pasti kau hanya mahu berkembang biak. Kau seperti raflesia yang perlukan lalat untuk penyerbukan..aku tak marah.
kali ni kau versi kurang bau, so bolehlah kau bergambar kat sebelah aku
Ku akan abadikan kenangan kita bersama, semoga jumpa lagi..
Saturday, 9 May 2015
Gila Kucing
Ikan Salmon Berjaya Dipancing, I Love U Si Ucing!
Agaknya apa yang menyebabkan korang suka kucing? Kerna misainya kah, kerna ekornya kah atau apa?..
Ini 9 sebab kenapa mereka berjaya mencuri hati aku
1. sangat pembersih
2. penyayang dan berikan perhatian
3. faham apa yang kita cakap seperti makan, baring, datang sini...bla bla
4. kelakar bila mereka cuba mencakar dan mengigit tangan
5. pendengar yang baik dan kadangkala menyahut percakapan kita
6. pandai bergaul dan 'ambil bahagian' dalam apa yang kita buat
7. badan panas dan bulu lembut, rasa nyaman bila peluk
8. pandai bawa diri dan 'low maintenance'
9. hidung yang cute
Lastly,
Buat semua kucing di dunia, I LOVE U UCING...
Sekian,
Friday, 8 May 2015
7 Cara Power Tambat Hati Remaja
Ketika Cinta Memanggil, Yang Buruk Menjadi Mungil
1. Luangkan masa
1 jam yang dimanfaatkan bersama sudah cukup membahagiakan.
2. Sentuhan
Rasa dihargai dan disayangi, itulah kuasa sentuhan. Jika sudah lama ditinggalkan, mulakan dengan sentuhan mesra di bahu anak setiap kali bersua muka.
3. Pujian
Nak puji ke tak nak? puji nanti naik kepala pula...
Usah risau, pujian akan gembirakan anak. Dan apabila dah gembira, anda kutuk pun mereka dapat terima.
4. Teguran
Katakan tidak kepada sindiran dan mengungkit kesilapan lama. Perbuatan tersebut hanya menjadikan anak menjadi seorang pendendam. Pastikan masa sesuai bukan ketika kelaparan dan keletihan.
5. Hadiah
Walaupun kecil, murah, dan buruk kasih sayang pasti terjalin jika diberikan pada hari-hari penting mereka. Cubalah!
6. Alam Maya
Kebiasaan remaja lebih gemar berahsia dan memendam rasa, jadi korek rahsia mereka di alam maya.
7. Solat berjemaah dan doa...
Sesungguhnya tiada doa yang lebih mujarab selain doa ibu bapa khususnya ibu.
(rujukan majalah al-ustaz)
Sekian,
Sekian,
Thursday, 7 May 2015
Kucing Tak Malu
Tengah hari yang indah, terima kasih semua kerana sudi singgah...
Siapa kat atas tu?
Inilah dia si tompok, baru berusia setahun.....eh sebulan. Agaknya perasan comel, suka buat-buat sibuk
Dan ini pula...emm
walaupun mukaku bertompok dan cuba dihalang oleh ibuku, aku tetap berlari menuju handphone dan memastikan selfie menjadi milikkku
Inilah dia si tompok, baru berusia setahun.....eh sebulan. Agaknya perasan comel, suka buat-buat sibuk
Dan ini pula...emm
Dan ini ibu saya, juga kaki selfie...LOL
Suka hati kau la Tompok, asalkan kau 3 beradik sihat walafiat. Dah besar nanti tolong Cekni peras ugut cicak, tikus dan segala macam perosak kat rumah okei...
TAMAT...
Tuesday, 5 May 2015
Petua Cerah Sekata Tanpa Bahan Kimia
Assalamualaikum Cekni ucapkan semoga anda berbahagia..
Siapa yang tak nak cantik kan, manusia sememangnya gilakan kecantikan. Tapi AWAS pastikan produk kecantikan yang kita sental di wajah bebas kimia berbahaya. Kenapa? Kerana racun yang disumbat dalam komestik terlarang tu bukan aje boleh menyebabkan kulit gatal, terbakar, kanser malah boleh menerobos ke organ dalaman dan padah menanti. Amat mengerikan sekali...
Oleh itu hari ini Cekni dengan nak kongsikan ramuan pemutih merangkap penegang semulajadi, yang pastinya bebas racun dan gerenti halal.
Kalau korang was-was dengan produk kecantikan sendiri samada yang dipakai atau yang ditelan bolehlah rujuk di link bawah ni..(ia sentiasa dikemaskini)
http://bit.ly/1G9Ni77
Seterusnya..
BAHAN-BAHAN untuk pemutih magic adalah:
pertama Beras si putih mulus
kedua si comel Kacang Hijau
Ramuan kite dah kumpulkan sekarang cara nak sediakan pula semudah tengok tv...
Tak percaya? Tengok ni..
Beras dan kacang tadi kita satukan dalam tumbukan lesung..
Kalau rumah korang canggih manggih, jimatkan tenaga gunakan khidmat blender aje...buat banyak boleh simpan dalam bekas. Bab sukatan pula beras dan kacang lebih kurang sama banyak @ lebihkan beras...
SIAP
Hasilnya bolehlah di tempelkan ke muka ala-ala bedak sejuk...insyaAllah segala keturunan jerawat, warna tak sekata akan hilang.
Dan yang timbul pula adalah muka berseri, kulit menjadi halus bak sutera dan tegang. Hasilnya boleh dilihat pada aplikasi pertama...tak perlu tunggu lama-lama. Dan air kosong minum secukupnya...
Itu saja sekian...
Terima kasih sudi baca sehingga habis...mumuahhh.
Subscribe to:
Posts (Atom)