Sunday, 10 May 2015

Angkara Kau Rupanya!

Siang Hari Termenung Sendirian,
Cer Teka Bunga Apa Tiada Wangian



Kenapa rumah aku ada banyak lalat hari ni?  Termenung aku sekejap.  Tiba-tiba dalam melilau aku mencari...mata aku terpaku pada 'benda' gergasi yang bertenggek di celah-celah batu.  Masya Allah..setelah sekian lama akhirnya kau menjelma kembali.  

Masih ku ingat, jika dahulu waktu aku kecik bau kau menyegat hingga ke lobang hidung.  Aku hanya akan buka tingkap dan memandang kau dari jauh.  Tak berani aku nak dekat walaupun ku tahu kau kejadian Tuhan yang unik.


Disebabkan kehadiran kau tidak selalu, aku pun berlari mencapai sesuatu.  Dan ini yang aku dapat..







Tak sekali-kali aku marah kerana kau berbau, aku pasti kau hanya mahu berkembang biak.  Kau seperti raflesia yang perlukan lalat untuk penyerbukan..aku tak marah.



kali ni kau versi kurang bau, so bolehlah kau bergambar kat sebelah aku


Ku akan abadikan kenangan kita bersama, semoga jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment