Tuesday, 5 May 2015

Petua Cerah Sekata Tanpa Bahan Kimia

Assalamualaikum Cekni ucapkan semoga anda berbahagia..


Siapa yang tak nak cantik kan,  manusia sememangnya gilakan kecantikan. Tapi AWAS pastikan produk kecantikan yang kita sental di wajah bebas kimia berbahaya.  Kenapa? Kerana racun yang disumbat dalam komestik terlarang tu bukan aje boleh menyebabkan kulit gatal, terbakar, kanser malah boleh menerobos ke organ dalaman dan padah menanti.  Amat mengerikan sekali... 

Oleh itu hari ini Cekni dengan nak kongsikan ramuan pemutih merangkap penegang semulajadi, yang pastinya bebas racun dan gerenti halal.

Kalau korang was-was dengan produk kecantikan sendiri samada yang dipakai atau yang ditelan bolehlah rujuk di link bawah ni..(ia sentiasa dikemaskini)

 http://bit.ly/1G9Ni77


Seterusnya..


BAHAN-BAHAN untuk pemutih magic adalah:


                                                  pertama Beras si putih mulus



                                                      kedua si comel Kacang Hijau
                                  



Ramuan kite dah kumpulkan sekarang cara nak sediakan pula semudah tengok tv...
Tak percaya? Tengok ni..



Beras dan kacang tadi kita satukan dalam tumbukan lesung..



Kalau rumah korang canggih manggih, jimatkan tenaga gunakan khidmat blender aje...buat  banyak boleh simpan dalam bekas.  Bab sukatan pula beras dan kacang lebih kurang sama banyak @ lebihkan beras...





SIAP


Hasilnya bolehlah di tempelkan ke muka ala-ala bedak sejuk...insyaAllah segala keturunan jerawat, warna tak sekata akan hilang. 

Dan yang timbul pula adalah muka berseri, kulit menjadi halus bak sutera dan tegang. Hasilnya boleh dilihat pada aplikasi pertama...tak perlu tunggu lama-lama. Dan air kosong minum secukupnya...


Itu saja sekian...

Terima kasih sudi baca sehingga habis...mumuahhh.













No comments:

Post a Comment